KUALA LUMPUR: Seorang guru di Kelantan mendakwa beliau dan rakan gurunya yang lain telah dipaksa menampal pelekat T (Tukar) pada kenderaan mereka.
Dalam emel yang dihantar ke Harakahdaily, beliau yang tidak mahu namanya didedahkan mendakwa, arahan tersebut datang dari pejabat pengarah pelajaran negeri.
Menurutnya juga, taklimat khas kepada guru-guru besar berhubung arahan itu juga telah dibuat.
"Barang siapa yang tidak menampal pelekat tersebut maka diharamkan parking kenderaan dalam kawasan sekolah kerana kami dianggap menentang kerajaan.
"Semua guru dibekalkan dengan dua keping stiker T" katanya kecewa dengan arahan terbaru itu.
T membawa maksud 'Tukar Kelantan', iaitu simbol yang dibawa oleh sebuah NGO Umno Kelantan.
Ianya timbul selepas pelekat R yang mewakili sebuah NGO menuntut hak royalti Kelantan menjadi fenomena dikalangan rakyat di negeri ini sejak setahun lalu.
Bagi menyaingi gelombang R itu, mereka telah memaksa rakyat khususnya guru untuk menampal pelekat T di kenderaan masing-masing bagi menampakkan sokongan menyeluruh terhadap perjuagan NGO itu.
Selain pelekat R, turut menjadi fenomena di Kelantan ketika ini adalah pelekat 'K' iaitu membawa maksud 'Kekal Kelantan' yang diperjuangkan juga oleh sebuah NGO.
Saturday, 13 April 2013
Guru Dipaksa Lekat Pelekat 'T' Oleh Pengarah Pelajaran Kelantan
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment