Saturday, 13 April 2013

Parlimen Putrajaya - Mahathir Takut Berdepan Husam Musa

Perkembangan terbaru yang diterima sebentar tadi nun jauh di negeri Kedah menceritakan segala-galanya.

Impian untuk melihat dua jaguh bertarung setelah BEKAS penyandang, Adnan Mansor hampir pasti digugurkan pun tak menjadi kenyataan.

BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya umum ke-13 meskipun ada yang mengatakan beliau kemungkinan turun gelanggang bertanding di kerusi parlimen Putrajaya.


Kenyataan itu sekali gus menamatkan desas-desus kononnya beliau akan bertanding di Putrajaya menentang Naib Presiden PAS, Husam Musa.

"Saya sudah buat keputusan tidak akan bertanding lagi. Cuma nak tolong Umno dan Barisan Nasional (BN) sebab rasa terima kasih kepada parti yang melantik saya sebagai perdana menteri Malaysia keempat.

“Saya nak kempen saja. Itu sebagai tanda balas budi kita kepada jasa Umno dan BN,” katanya selepas menyempurnakan himpunan rakyat peringkat parlimen di Pendang sebentar tadi.

Mengulas kenyataan seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang memintanya tidak memberi sebarang kenyataan kerana tidak ada jawatan dalam parti, Mahathir berkata, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab.

"Saya cuma amalkan kebebesan bersuara, saya ada hak. Dia tiada hak untuk halang saya daripada bercakap,” katanya.

Penjelasan terbuka Mahathir pasti hadir dengan persoalan, apakah Mahathir cukup takut untuk menghadapi Husam atau dia sudah melihat BN bakal dikalahkan bukan setakat di Putrajaya malahan di peringkat persekutuan?

Ramai melihat kenyataan Mahathir seakan mahu mengelak dari dikalahkan bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu di kota ciptaannya sendiri berbanding jika dia bertanding di parlimen Kubang Pasu sekalipun.

Harus diingat, mana-mana kerusi parlimen kini terbuka untuk kemenangan atau kekalahan kecuali parlimen yang secara tradisinya kubu kuat pemimpin seperti Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Marang atau Karpal Singh di Bukit Gelugor (sebelum itu parlimen Tanjong).

Ini sekaligus mengesahkan ramalan sebelum ini bahawa Mahathir enggan dimalukan di hadapan bekas pejabatnya sendiri dan rela tidak bertanding menentang Husam asalkan kepentingan perniagaan anak-anaknya seperti Mirzan dan Mokhzani terpelihara.

Husam tidak membayangkan Mahathir sebagai pencabarnya, tetapi lebih melihat aspek kebajikan dan masalah penghuni Putrajaya sebagai agenda pertamanya setelah sah diumumkansebagai calon tiga hari lalu.

Kekuatan Mahathir hanyalah ternampak dengan bangunan KLCC, Litar Antarabangsa Sepang dan Menara Dayabumi tetapi ketakutan terhadap kekalahan dalam pilihanraya umum lebih dirasakan.

Mahathir sebenarnya tidak layak untuk bertanding di mana-mana kerusi sekalipun kerana sokongannya terhadap NGO perkauman Melayu, Perk@sa yang diketuai Ibrahim Ali sudah cukup memalitkan imej buruk walaupun merupakan bekas pemimpin negara.

Sementelah Mahathir menjelajah ke seluruh negara, dia juga tidak yakin Najib Altantuya mampu mengatasi kelemahan sendiri dari soal mencalonkan nama-mana untuk bertanding atas tiket BN, oleh sebab itu dia memilih untuk membiarkan Najib Altantuya terkapai-kapai keseorangan.

Muhyiddin Yassin pula makin dihampiri pengikut Najib Altantuya kerana sudah membayangkan BN tidak mampu menghadapi asakan Pakatan Rakyat yang semakin ketara ancamannya.

Paling jelas, sama ada Adnan atau Mahathir sendiri, kedua-duanya yang merupakan kroni rapat membantu empayar perniagaan masing-masing sudah tidak mampu lagi menghalang kemaraan Husam yang bukan setakat memecut pada gear 2 tetapi kini sudah pun masuk gear 5!

Apa strategi BN seterusnya? Apakah kekal meletakkan pengerusi Unit Media Baru (UMB), Tun Faisal Ismail Aziz atau calon 'payung terjun' buat menafikan kemenangan Husam di Putrajaya?

JALAN PULANG


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP