Pengasas Stesen Radio Free Sarawak dan Radio Free Malaysia, Clare Rewcastle-Brown mengesan serangan gangguan pancaran stesen terbabit dan juga serangan di portal web tersebut.
"Ada juga cubaan interferens siaran di kedua-dua stesen radio melalui gangguan di pelbagai tempat di dunia sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya usaha itu hanya membuahkan sedikit hasil dan beliau sedang mengesan individu yang terlibat dengan gangguan tersebut.
Selain itu, portal stesen radio berkenaan menerima serangan penafian perkhidmatan DDOS sejak semalam.
“Kami berjaya mengatasinya, namun mereka meneruskan serangan, yang datang dair segenap pelusuk, nampaknya. Namun kebanyakannya dari Amerika Syarikat dan Malaysia, dan pelayan kami terpaksa ditutup,” katanya.
Selain itu, portal yang bersekutu dengan stesen radio terbabit, Sarawak Report, turut menerima serangan namun masih mampu bertahan, tambahnya.
Serangan ke atas stesen radio dan portal terbabit muncul beberapa hari selepas Parlimen Malaysia dibubarkan pada 3 April.
Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengadakan pertemuan pada hari Rabu untuk mengumumkan tarikh penamaan dan pengundian.
0 comments:
Post a Comment