Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebentar tadi diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Kangar dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.
Ini mengesahkan kedudukan seorang lagi calon dari PAS, Baharuddin Ahmad yang tidak akan bertanding setelah pertikaian mengenai siapa yang menjadi wakil Pakatan Rakyat timbul minggu lalu.
Perkara ini disahkan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman sebentar tadi dalam satu sidang media.
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim sudah pun memperakui status Dr Juanda lewat pagi tadi dan kesan daripada keputusan ini, Pakatan Rakyat negeri dijangka lebih kuat untuk menghadapi cabaran Barisan Nasional (BN).
Mufti yang berasal dari Sarawak ini mempunyai pengaruh kuat dan sokongan padu dari istana selain dihormati rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri terkecil di Malaysia ini.
Parlimen Kangar mempunyai lebih 53 ribu pengundi berdaftar dan lawannya dari BN akan diumumkan petang ini atau pagi esok.
Dr Juanda dipercayai mendapat restu Istana Arau untuk bertanding setelah beberapa pertemuan dibuat dengan Raja Perlis hujung minggu lalu.
BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya sebentar tadi baru selesai menyerahkan watikah perlantikan sebagai calon BN bagi seluruh negeri kecuali DUN Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sementara itu, desas desus terbaru menyebut, bekas ahli KEADILAN, Zaid Ibrahim pula menjadi nama terbaru yang dijangka disenaraikan untuk bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu, sumber dalaman PAS memberitahu sebentar tadi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dipercayai tidak menghadapi masalah sekiranya Zaid diturunkan mewakili PAS bagi menggantikan bekas penyandang, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang membuat keputusan tidak mempertahankan kerusi tersebut.
Wan Abdul Rahim dipujuk untuk bertanding pula di parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah tetapi perkembangan terbaru menyaksikan dia kekal dengan keputusannya.
PAS belum lagi memuktamadkan senarai calon bagi parlimen tersebut dan nama Zaid antara dalam senarai pendek setelah perbincangan tidak rasmi antaranya dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjalan lancar.
Inilah senarai terbaru calon Pakatan Rakyat yang dikemaskini setakat jam 1 tengah hari tadi.
Monday, 15 April 2013
TERKINI - Sah Dr Juanda Bertanding Di Parlimen Kangar
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment