Wednesday, 10 April 2013

Umno Rancang Rampas Semua Kerusi MCA Di Johor..

Bau kekalahan, Umno-MCA berpecah kerana rampasan kerusi

KUALA LUMPUR: Dengan bau kekalahan semakin kuat, Umno kini merancang untuk merampas semua kerusi MCA di Johor untuk berdepan dengan DAP sendiri.

Perkara ini pula menyebabkan keseluruhan pemimpin MCA kini duduk tidak tenang kerana semakin disisihkan. Pada sebelah pagi hari ini, The Malaysian Insider melaporkan war room BN mempercayai bahawa calon Umno lebih berpotensi menang terhadap calon DAP daripada MCA.


Sebelah petangnya pula, Malaysiakini melaporkan para pemimpin MCA melenting kerusi-kerusi mereka dirampas oleh Johor. Johor kini menjadi tumpuan pertahanan Umno selepas penasihat DAP Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon parlimen Gelang Patah.

Menghangatkan perlawanan ini lagi ialah apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sebagai calon di Pulai.

Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera juga bertandang ke Johor dan akan bertanding ke Kluang.

PKR pula mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Hussien dicalonkan di Johor Bahru.

“Umno panik sejurus Pakatan Rakyat mengumumkan jeneral-jeneral perang besar mereka bertanding di Johor. Johor ini maruah Umno dan BN. Dan masalahnya sayap kedua BN, iaitu MCA dan MIC kini cacat,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily ketika dihubungi.

“Apakah ini strategi terbaik Umno  untuk menang?” tanya Harakahdaily.

“Entahlah. Strategis BN untuk PRU13 ini saya dah hilang keyakinan. Tengok cara Rais Yatim dan SPR main isu 10 minit tawaran kepada manifesto kepada pembangkang. Ingat boleh dapat mileage politik, tetiba BN guna 2 jam untuk bentang manifesto.

"Manifesto pula cedok apa yang mereka serang Pakatan Rakyat selama ini yang akan bangkrapkan negara. Sekarang TV pula ulang-ulang BN tak tiru manifesto PR, lagilah rakyat tahu kamu meniru. Sekarang Tingkat 2 B4 pula mencadangkan idea rampas kerusi MCA di Johor. Awak nilailah sendiri, ini nak bantu ke nak hancurkan BN dengan lebih cepat?” kata sumber itu lagi.

Tingkat 2, B4 dipercayai ialah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang mengaturkan strategi pilihanraya kali ini.

“Tak tahu siapa masukkan idea untuk rampas kerusi kawan kononnya demi kemenangan ke otak-otak di Tingkat 2, B4. Ada yang sengaja kuburkan BN. Umno tak pernah bentuk kerajaan dengan diri sendiri tanpa kawan-kawannya.

"Jika benar ini berlaku, Umno akan tumbang kerana langkah ini menyakinkan rakyat bahawa Umno panik.

"Ditambah pula dengan keberanian PAS menghantar Husam Musa ke Putrajaya yang dilihat ramai sebagai tanda keyakinan bahawa BN bakal tumbang tak lama lagi,” tegasnya.

- HarakahDaily



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP