Lapan Parlimen di kawasan campuran yang kebanyakannya dikuasai PKR dan DAP pada 2008 akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila sebuah NGO serpihan Jemaah Islah Malaysia (JIM) memutuskan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya 5 Mei ini.
Menggunakan logo Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA), parti serpihan PAS pada 1977, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) semalam mengumumkan lapan calon Melayu berstatus "ustaz" bagi bersaing dengan calon bukan Islam daripada PKR, DAP, MCA dan MIC.
Pengerusi Biro Politik ISMA Aminuddin Yahaya mengumumkan, NGO itu akan bertanding di Parlimen Seremban Subang, Selayang, Alor Setar, Padang Serai, Kapar dan Wangsa Maju, Alor Setar dan Tapah.
Kecuali Seremban yang dimenangi DAP, Alor Setar (MCA) dan Tapah (MIC), semua kerusi di atas milik PKR. Di Wangsa Maju, anggota Parlimennya Wee Choo Keong yang menang atas tiket PKR pada 2008 memilih menjadi wakil bebas.
ISMA bertanding di kawasan itu atas alasan untuk memberi pilihan kepada orang Islam memilih seorang Muslim sebagai wakil mereka, seterusnya menambah bilangan ahli Parlimen golongan itu dalam Parlimen.
"Kita bertanding di kerusi-kerusi yang majoritinya orang Islam tetapi calon-calon (yang bertanding pada pilihan raya 2012) bukan orang Islam," kata Aminuddin sambil menegaskan mereka sedia menarik diri jika ada calon beragama Islam digantikan di kawasan itu.
Selain Wee di Wangsa Maju, penyandang lain daripada termasuklah: R Sivarasa (PKR-Subang), William Leong (PKR-Selayang), S Manickavasagam (PKR-Kapar), John Fernandez (DAP-Seremban), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA-Alor Setar), M Saravanan (MIC-Tapah).
Pemerhati politik berpendapat, langkah ISMA itu berpotensi memecahkan sedikit undi Melayu di kawasan terbabit, walaupun tidak dapat dipastikan memberi kelebihan kepada pihak mana.
Friday, 12 April 2013
Umno Taja Jembalang Tanah Untuk Pecahkan Undi Melayu
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment