KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.
Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.
"Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.
SPR mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013, lima hari sebelum hari mengundi.
Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga sebelum hari mengundi.
Sebelum ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas terdedah kepada pengundian berganda.
Seorang blogger lucah Umno Papagomo sebelum ini didedahkan mempunyai dua nama dalam senarai daftar pemilih SPR.
Namun selepas didedahkan, salah satu namanya telah dibuang dari senarai nama pengundi.
Friday, 12 April 2013
Undi awal 5 hari, dakwat kekal tahan 3 hari?
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment