Monday, 10 March 2014

Briged ‘Jihad’ Dakwa Sebabkan Insiden MH370?



SEBUAH kumpulan yang menggelarkan diri mereka Chinese Martyr’s Brigade (Briged ‘Jihad’ Cina) mendakwa mereka bertanggungjawab dalam kejadian melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sudah masuk hari ketiga hilang.

Pesawat itu yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China terputus hubungan dengan menara kawalan Subang pada pukul 2.40 pagi Sabtu tanpa sebarang petanda.

Kumpulan itu yang sebelum ini tidak diketahui kewujudannya mengeluarkan satu kenyataan dalam format PDF kepada beberapa agensi media di China semalam dengan berkata “Anda membunuh seorang daripada puak kami, kami akan bunuh 100 daripada anda sebagai membalas dendam,”.

Sebahagian besar media di China menolak kenyataan berkenaan bulat-bulat dan menganggap ia sebagai satu cubaan untuk mencipta ketegangan etnik selepas berlaku beberapa siri serangan di wilayah Barat Laut China di wilayah Xinjiang.

Wilayah berkenaan ditadbir oleh puak Uyghur dengan kuasa autonomi.

Satu kejadian pembunuhan besar-besaran dengan tikaman berlaku di Kunming bulan ini yang menyaksikan 33 orang terbunuh.

Selain itu, pakar analisis mendakwa kenyataan itu mencurigakan kerana mereka tidak menjelaskan apa yang terjadi kepada pesawat MH370 dan tidak memaklumkan adakah ia terhempas atau sebaliknya.

Sehingga kini, pihak berkuasa China tidak memberikan pengesahan ke atas kenyataan berkenaan.

Pesawat MH370 membawa bersama 239 orang termasuk anak kapal terdiri daripada 153 penumpang warga China dan seorang warga Taiwan.

Pihak MAS pada masa misi mencari sedang dijalankan ini tidak menolak apa sahaja kemungkinan termasuk perbuatan keganasan.

Ia kerana dua individu di dalam pesawat MH370 dikenalpasti menggunakan identiti dan pasport palsu yang dilaporkan dicuri di Thailand.

Sementara itu, dalam sidang media hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kedua-dua individu itu yang dikatakan memiliki wajah orang Asia bukan berbangsa cina dan bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini perkembangan terbaru ini juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa dan agensi risikan Malaysia serta antarabangsa. – MYNEWSHUB.MY


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP