Exco Selangor, Dr Halimah Ali menyangkal kenyataan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa MOU penstrukturan semula aset air di antara Selangor dan kerajaan Persekutuan tidak telus kerana tidak dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.
Halimah menjelaskan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini sentiasa memberikan taklimat kepada exco dari masa ke masa berkenaan rundingan tersebut sejak beberapa tahun.
Malah, anggota exco termasuk menteri besar turut hadir dalam majlis menandatangani perjanjian itu di Putrajaya, pada 26 Februari lalu, katanya.
"(Ia) bukan tanpa persetujuan exco tetapi (kami) OK (dengan) keputusan itu yang diberikan kerajaan pusat melalui notis ringkas," katanya kepada Malaysiakini.
Jelasnya, para anggota exco yang memberi isyarat tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Elizabeth Wong, V Ganabatirau, Dr Ahmad Yunus Hairi, Abdul Khalid dan beliau sendiri.
Tambahnya, sebelum ini kerajaan persekutuan tidak memberikan sebarang maklum balas positif tentang rundingan itu.
Justeru, apabila kerajaan persekutuan bersetuju untuk membenarkan penstrukturan air itu dilakukan, menteri besar menurutnya mengambil keputusan menandatangani MOU tersebut untuk mengelakkan kerajaan persekutuan berubah fikiran.
"Kerajaan negeri bimbang (kerajaan persekutuan) akan berubah fikiran, sebab itulah Tan Sri (Abdul Khalid) ambil keputusan itu," kata pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan, pembangunan usahawan, sains teknologi dan inovasi itu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengulas dakwaan Rafizi bahawa kadar air akan menjadi lebih mahal melalui penstrukturan mengikut MOU itu kerana belum meneliti kandungan MOU tersebut.
Rafizi Ramli sebelum ini memberi amaran bahawa penstrukturan semula aset air Selangor melalui perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan persekutuan minggu lalu akan menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi.
Katanya, ia akan melibatkan tindakan kerajaan persekutuan mengambil alih aset air di Selangor, termasuk loji rawatan Langat 2, melalui Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) yang akan dibiaya dengan dana awam.
Beliau menjangkakan bahawa perkara ini akan menyebabkan syarikat baru yang akan dilantik selepas penstrukturan tersebut menanggung kos pajakan dari PAAB.
Wednesday, 5 March 2014
Exco kata MOU OK tapi belum teliti
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment