Kehilangan pesawat MH370 bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal sudah masuk hari keempat. Kerajaan Malaysia terus berusaha menjejaki burung besi ini dan Malaysia secara amnya diselaputi kabus kesedihan namun setiap seorang daripada kita masih mengharapkan agar MH370 kembali pulang lalu mendarat dengan megah di KLIA.
Selain Malaysia, gerakan besar-besaran mencari dan menyelamat penumpang MH370 ini juga turut dibantu oleh Vietnam, China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat serta yang terbaru ialah New Zealand yang menawarkan pesawat pengesan maritime P-3C Orion.
Persoalan utama kini ialah apa pula peranan negara-negara Islam terutamanya Brunei yang baru-baru ini melaksanakan hukum hudud dalam membantu Malaysia menghadapi krisis MH370 ini.
Sehingga kini, Pertubuhan Negara Islam Sedunia (OIC) juga jelas tidak memberikan apa-apa sokongan moral kepada Malaysia dan jika dilihat secara diplomatiknya, negara-negara Islamlah yang seharusnya berada di hadapan membantu Malaysia dalam apa jua aspek memandangkan Malaysia sebelum ini sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung terlibat dalam membantu negara-negara Islam melibatkan pelbagai aspek ekonomi, sosial mahupun politik.
Ketiadaan sokongan daripada kalangan negara Islam dalam misi mencari dan menyelamat MH370 ini menimbulkan tanda tanya sama ada negara Islam ini tidak ada kepakaran serta teknologi canggih untuk dihulurkan ataupun kehilangan MH370 ini mungkin bukan satu krisis global untuk negara Islam melibatkan diri.
Semangat negara Asean dapat dilihat dengan jelas apabila negara jiran menghulurkan bantuan segera tanpa apa-apa protokal walaupun Brunei mengambil pendirian berdiam diri berhubung insiden ini. Namun hakikatnya, semangat negara Islam OIC ini tidak kelihatan dan semacam tidak mempedulikan setiap saat dan harapan yang dilalui oleh rakyat Malaysia khasnya dan penduduk dunia amnya.
Malaysia saat ini amat memerlukan solidariti seluruh dunia dan jika ini pun negara OIC tidak mampu lakukan, ini adalah satu penghinaan kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.
Doakan yang terbaik buat penumpang dan kru kapal MH370. – 11 Mac, 2014.
* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.
Wednesday, 12 March 2014
MH370: Mana hilangnya negara-negara OIC?
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment