Sunday, 9 March 2014

TERKINI - Menteri Lapor Pesawat Hilang #MH370 Berpatah Balik Ke KLIA.

Sidang media tadi. Yang baru saja berlalu beberapa minit telah merekodkan kenyataan Hishammuddin yang mengatakan bahawa ;

1. Setelah berbincang dengan beberapa agensi berkaitan dalam dan luar negara, setelah meneliti kesemua maklumat yang ada, menteri mengatakan bahawa pesawat Boeing #MH370 mungkin telah berpatah semula ke KLIA.

2. Maksudnya, ketika penerbangan ke Beijing, dan tiba2 di separuh jalan, pilot membuat keputusan untuk berpatah balik ke KLIA.

3. Menteri berkata ini antara kemungkinan yang difikirkan telah berlaku.


Dan menteri juga enggan mengulas lanjut berkaitan bagaimana mereka boleh mendapatkan kemungkinan ini sebaliknya meminta kita menunggu pada sidang media yang seterusnya. Iaitu pukul 1 tengahari nanti.

Fuh..

Bagi cemas pula.

Dan Astro Awani pula mengandaikan bahawa apakah ada kemungkinan pesawat MAS itu telah dirampas oleh terrorist berdasarkan kepada maklumat terbaru yang ditemui iaitu ada 2 penumpang yang menggunakan passport masuk untuk menaiki penerbangang tersebut?




The Guardian melaporkan bahawa ;

1. Ada 2 penumpang yang dikatakan menaiki pesawat dengan menggunakan passport palsu.

2. Kedua2 passport itu dilaporkan telah hilang ketika pemilik sebenar bercuti di Thailand.

3. Warga Itali dan warga Austria yang dilaporkan berada dalam pesawat terbabit sebenarnya tidak berada dalam pesawat tersebut.

Dan, susulan dari pendedahan ini, maka spekulasi berkaitan terrorist dan rampasan kapal terbang telah dilaporkan secara meluas di pelbagai jenis media online dalam dan luar negara, termasukla media2 arus perdana.

Namun, menteri kita tidak mahu mengesahkan jika perkara berkaitan passport palsu ini betul atau tidak. Apa yang menteri kita sedia kongsikan cuma kerajaan kita bersedia bekerjasama dengan unit risikan antarabangsa berkaitan terrorist bagi mengenalpasti isu passport palsu.

Dan yang terakhir sekali, Hishammudin juga mengesahkan berita mengenai penemuan tompokan minyak atas perairan Vietnam adalah benar. Dan mereka masih lagi mengenalpasti jika2 minyak tersebut ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat MH370.

Itu saja.

Dipetik dari - sozcyili

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP