Monday, 10 March 2014

Tragedi MH370 : Kerajaan China Kecewa Terhadap Malaysia

Kerajaan China kecewa cara pengendalian kehilangan MH370



Kerajaan negara China menyampaikan rasa kecewa terhadap kerajaan Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370 dengan meminta mereka dibekalkan maklumat yang terkini tentang kehilangan pesawat MAS itu.

New York Times melaporkan hari ini China, negara asal majoriti penumpang pesawat itu,  jelas ada tanda-tanda kemarahan dan kecewa di kalangan keluarga penumpang yang terlibat dengan cara Malaysia mengendalikan situasi ini.

Dilaporkan juga, Menteri Luar China Wang Li menyampaikan ketidaksabarannya itu dalam panggilan telefon sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web kementerian.

"Pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang hampir 40 jam," katanya sebagaimana yang dipetik ketika memberitahu rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.

"Kerajaan China memandang perkara ini secara serius, dan rakyat China juga sangat bimbang."

Beliau meminta Malaysia sentiasa memberikan laporan terkini, lapor media dunia itu.

Dalam siri laporannya, pegawai Malaysia sentiasa enggan menjawab soalan yang mereka sifatkan sebagai "hal keselamatan".

"Kami akan sentiasa mengkaji protokol keselamatan, dan jika perlu kami akan perketatkannya lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga berkata, beliau mempunyai nama empat penumpang yang disyaki tetapi maklumat itu adalah '"terkawal".

Sekurang-kurangnya ada lima perkara luar biasa dalam senarai penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Boeng 777-200 ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu dalam perjalanan 3,700 km ke Beijing.

Ia terputus hubungan dengan kawalan penerbangan kira-kira 1.30 am dan tidak tiba di Beijing, menyebabkan kerja mencari dan menyelamat besar-besaran digerakkan dari laut Andaman dan Selat Melaka di barat kepada Laut Cina Selatan di timur.

- The Malaysian Insider

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP