KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap Datuk Jamal Md Yunos berhubung satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitternya, @JamalYunos, 21 September lalu.
Khalid menerusi laman Twitternya, @KBAB51 sebentar tadi memberi reaksi terhadap kenyataan Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu berhubung kenyataan yang dianggap sebagai menghasut itu.
"Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. @PDRMsia akan ambil tindakan tegas dgn (dengan) segera," kata Khalid.
Di samping kenyataan itu, Khalid turut memuat naik salinan paparan kenyataan Jamal di laman Twitternya itu.
Kenyataan itu berbunyi, "Saya berjanji Tragedi 13 Mei akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika BERSIH 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #BERSIH5 yang dijadualkan pada 5 November ini. Hidup Melayu!".
Bagaimanapun, semakan BH sebentar tadi mendapati kenyataan dalam laman Twitter Jamal itu sudah tiada dipercayai sudah dipadamkan.
- bharian online
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment