KUALA LUMPUR - Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) hari ini membuat laporan polis berhubung satu cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada hari Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan itu yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.
Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya timbul kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama.
Beliau berkata, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
Sumber: Bernama
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment