Friday 14 October 2016

Hadi: Tiada Faedah Jatuhkan Najib

PAS nak jatuhkan Najib, Hadi jawab Mahathir




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan lepas untuk membincang rencana menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi berkata beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.

“PAS tidak menentang individu... tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar.

“Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi 'walkabout' di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan hari ini.

Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa Abdul Hadi “makan dedak” Najib, presiden PAS secara sinis memulangkan soalan “siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?”

“Kerana PAS tidak makan dedak, maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?

“Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku,” ujar beliau.

Mengulas saranan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad agar Umno dan PAS berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:

“Kita ada garis panduan dalam al-Quran... kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

“Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif,” katanya, merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.

Pada sesi “walkabout” itu, jentera parti menawarkan beberapa aktiviti kepada orang ramai termasuk pemeriksaan kesihatan dan menukar minyak hitam motor secara percuma.

Pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu. — Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP