Sunday, 9 October 2016

KJ Kecam Aksi Ganas 'Macai Suruhan' Jamal Baju Merah



SUBANG JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengecam tindakan ganas yang dicetuskan penyokong Baju Merah ke atas aktivis Bersih 5 dalam kejadian di Sabak Bernam pada Sabtu.

Katanya, amalan demokrasi di negara ini tidak membenarkan keganasan serta kekerasan fizikal sebagai penyelesaian dalam berhadapan pandangan berbeza.

"Saya melihat video semalam, tindakan sekumpulan Baju Merah itu yang menyerang aktivis Bersih (dengan) menendang dan melakukan kekasaran fizikal. Ini kita tidak boleh terima. Siapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam.

"Untuk menunjukkan pendirian masing-masing, kita perlu terima dalam demokrasi. Namun, jangan sehingga mencetuskan tindakan ganas yang boleh mencetuskan ancaman keselamatan terhadap individu-individu yang terlibat," katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan Pertandingan Akhir Kejohanan Badminton Asics 2016 di sini, hari ini.

Selain mahu polis mengambil tindakan sewajarnya, beliau juga berharap individu yang memimpin gerakan tersebut untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli mereka supaya tidak melakukan kekasaran dan keganasan.

"Saya harap polis ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

"Saya tidak boleh terima dan saya harap mereka yang ada di belakang gerakan ini (Baju Merah dan Bersih) dapat memberi nasihat kepada ahli mereka supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan," tegasnya.

Semalam, viral di media sosial video menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang memakai baju Bersih 5 dikepung oleh sekumpulan peserta Baju Merah.

Pada mulanya penyokong Baju Merah tersebut menolak motosikal lelaki itu dan kemudian salah seorang peserta Baju Merah menendang lalu mereka melemparkan objek seperti botol dan telur ayam ke arahnya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP