Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.
“Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?
“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?
“Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati,” katanya dipetik laporanProjekMMO malam tadi.
Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.
“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.
“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya. - malaymail
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment