Sunday, 5 March 2017

Isu Kondominium: ‘Apa Dan Siapa’ Yang Cuba Dipertahan Rahman Dahlan?


PETALING JAYA, 4 MAC: Apa yang cuba dipertahankan menteri UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan apabila mendakwa tidak menyalahguna kuasa dalam isu kelulusan lanjutan tempoh (EOT) sebuah projek kondominium baru-baru ini soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Sedangkan jelasnya, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)yang diterajui Abdul Rahman ketika itu tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian sebagaimana yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi pada Isnin lalu.

Keputusan mahkamah itu menyatakan pihak yang mengawal perumahan tiada kuasa untuk meminda tarikhpenyerahan sebagaimana termaktub dalam perjanjian yang mana pemaju harus membayar ganti rugi atas kelewatan penyerahan rumah kepada pembeli.

“Kita nak minta penjelasan Datuk Seri Rahman Dahlan kenapa beliau salahguna kuasa menguntungkan pihak pemaju?” soal Tony.

Dalam kes kes itu kata Tony, keputusan melanjutkan tarikh penyerahan kondominum yang dimajukan oleh BHL Construction Sdn Bhd sehingga 12 bulan telah menyebabkan pembeli mengalami kerugian.

“Menteri tidak patut campur tangan dalam urusan ini tambahan pula jika ia jelas merugikan pembeli rumah,” katanya.

Apa yang lebih mengejutkan sebelum ini katanya, rayuan dari syarikat BHL yang telah diluluskan oleh kementerian Rahman itu mendapat surat sokongan daripada isteri kepada Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

“Kewujudan surat sokongan itu menimbulkan kecurigaan, kronisme dan tidak wajar,” tegasnya.

Ini kerana kata Pua, tugas menteri sepatutnya menjaga kepentingan pembeli rumah rakyat Malaysia daripada pemaju yang tidak bertanggungjawab.

“Daripada meluluskan lanjutan tempoh penyerahan kepada pemaju dan mendenda pembeli, menteri patut beri amaran kepada pemaju bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk membantu pembeli rumah dalam mendapatkan hak mereka jika pemaju gagal tunaikan janji,” kata beliau.

Selasa lalu, satu laporan polis telah dibuat Timbalan Setiausaha Agung DAP, Prof. Dr P Ramasamy dan beberapa pemimpin DAP Pulau Pinang terhadap Abdul Rahman atas dakwaan yang sama, menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dilihat menyebelahi syarikat pemaju kondominium tersebut. -Roketkini.com






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP