Nazri tiba pada lebih kurang jam 1 tengah hari bersama kira-kira 50 orang penyokong dan kini masih berkumpul di pintu masuk MRSM tersebut. |
KUALA KANGSAR: Seperti yang dijanjikan, Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tiba di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, di sini untuk menunggu kedatangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tiba pada lebih kurang jam 1 tengah hari bersama kira-kira 50 orang penyokong dan kini masih berkumpul di pintu masuk MRSM tersebut.
Menurut Nazri, beliau tetap hadir ke MRSM tersebut walaupun debat di antara beliau dan bekas perdana menteri itu yang sepatutnya berlangsung hari ini, tidak dapat diadakan kerana tidak mendapat permit polis.
"Saya akan menunggu kedatangan Tun dan berharap beliau datang," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, anggota polis mengadakan kawalan lalu lintas di perkarangan MRSM.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment