'Kami dibelenggu muflis' [METROTV]
Kuala Lumpur : “Kami merayu kepada abang (Datuk Hattan) supaya tampil membantu kami, tolong bertanggungjawab kerana abang yang membuat hidup kami menderita,” rayu Noor Maszura Abu Bakar, 35, yang mendakwa menanggung hutang hampir RM1 juta selain diisytiharkan muflis akibat diperdaya penyanyi terkenal, Hattan sejak 14 tahun lalu selepas nama mereka digunakan sebagai pengarah sebuah syarikat.
Noor Maszura dan suaminya yang juga bekas penyanyi kumpulan Baji, Abang Yusof Abang Daud, 44, kini berdepan pelbagai masalah selepas diisytiharkan muflis termasuk sukar membuka akaun bank untuk tiga anaknya.
“Anak saya perlu membuka akaun bank untuk persekolahan, saya terpaksa menggunakan nama adik dan pihak bank mahu adik mengemukakan sijil kematian ibu bapa terlebih dulu.
“Bayangkan kami sebagai ibu bapa yang masih hidup terpaksa ‘dimatikan’ demi meneruskan kehidupan dan persekolahan anak-anak. Saya tidak tahu lagi nak buat macam mana. Hidup kami memang susah kerana masalah ini. Apa yang kami harapkan, abang Hattan tampil untuk sama-sama selesaikan masalah ini, itu saja dan bukannya kami mahukan duit dia,” kata Noor Maszura ketika ditemui Harian Metro, semalam.
“Kami merayu kepada abang (Datuk Hattan) supaya tampil membantu kami, tolong bertanggungjawab kerana abang yang membuat hidup kami menderita,” rayu Noor Maszura Abu Bakar, 35, yang mendakwa menanggung hutang hampir RM1 juta selain diisytiharkan muflis akibat diperdaya penyanyi terkenal, Hattan sejak 14 tahun lalu selepas nama mereka digunakan sebagai pengarah sebuah syarikat.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment