Laporan dakwa Najib, Rosmah mahu temui Rajnikanth
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor dikatakan meminta untuk bertemu legenda filem Tamil, Rajnikanth semasa lawatan mereka ke India.
Rajnikanth dikenali sebagai bintang di pawagam India dan mendapat sanjungan daripada peminatnya di seluruh dunia.
Menurut portal beritaTelegraph India, ia melihat program lawatan VVIP itu selama dua hari ke Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.
Laporan itu mendedahkan bahawa Najib dan Rosmah merupakan peminat Rajnikanth ketika pelakon itu berada Melaka untuk penggambaran filem beliau, Kabali.
"Tetapi ikon Tamil yang menjalani pengambaran di Malaysia dan filemnya mendapat sambutan box office itu, menolak. Dia masih belum bersetuju dengan permintaan Kuala Lumpur.
"Harap pengesahan dari Rajnikanth dalam tempoh dua hari lagi, diplomat Malaysia di Chennai telah mengosongkan slot dalam jadual pasangan itu pada Jumaat, berdasarkan program minit ke minit VVIP itu yang ditunjukkan kepadaTelegraph," kata laporan itu.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut.
Najib dalam rangka lawatan lima hari ke India bermula Jumaat ini, atas jemputan Perdana Menteri Narendra Modi.
Lawatan itu merupakan lawatan ketiga Najib ke India sejak memegang jawatan perdana menteri pada tahun 2009.
Selain Rosmah, Najib juga akan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Perdana Menteri dijadual melawat Chennai, New Delhi dan Jaipur.
- malaysiakini
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment