Tuesday 4 February 2014

Anwar Ibrahim Mengadap "Ayahanda Pekida" Kajang !



KAJANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang pada pilihanraya kecil kawasan itu tidak lama lagi, khabarnya telah bertemu dan beramah mesra dengan Ayahanda Pekida Kajang iaitu Datuk Dr.Ujang Bagong semalam (foto).


Untuk pengetahuan umum, beliau yang dimaksudkan adalah merupakan dermawan yang tinggal di Kajang. Beliau terkenal dengan identiti berjanggut, berkopiah hitam, berantai emas labuh dan gelang emas. Beliau banyak menghulurkan sumbangan untuk aktiviti kebajikan terutamanya di kawasan Kajang.

Sumbangan juga diberikan kepada ‘Rumah Pengasih Datuk Ujang’ iaitu beberapa unit rumah yang telah diwakafkan oleh Dr. Hj Masjuki Bin Hj Musuri. Rumah ini dirasmikan pada hari 20 Januari 2007 . Rumah Pengasih ini terletak di di No 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pekida Malaysia dan Pengerusi Unit Pemadam Sungai Ramal Baru.

Beliau juga Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Hulu Langat dan Penasihat Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semasa era Datuk Harun Idris bertanding di Parlimen Ampang Jaya pada 1988, beliau turut sertai Parti Melayu Semangat 46 demi kesinambungan perjuangan orang Melayu.

Beliau pernah mengumumkan sumbangan kepada tabung PAS untuk Gaza melalui Mohamad Sabu ketika di Masjid Jamek Kajang pada 2009. Beliau banyak memberi sumbangan kewangan kepada fakir miskin dan penangunan sersebuah masjid terutama Masjid Jamek Kajang. Beliau merupakan Penaung Masjid Jamek Kajang.

Setiap tahun sejak 1980-an , semasa hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, beliau akan mengadakan majlis penyampaian derma wang kepada mereka yang memerlukan.Masjid Sungai Kantan, Kawasan Kubur Islam Kajang, Sekolah Agama Kajang turut mendapat perhatian beliau. Biasanya angka sumbangan beliau amatg menarik seperti Rm10,000 , RM11,111,11 dan RM6666.

Cat kegemaran beliau hijau muda dan menjadi 'trademark'nya. Masjid Jamek Kajang bersebelahan dengan Medan Sate Kajang dan Stadium Kajang dan rumah Pemadam Hulu Langat. Tanah Perkuburan Sungai Kantan dibersih rapi hasil kerjasama beliau. Tanah perkuburan ini turut menempatan jenazah Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, Mona Fendey dan jenazah banduan yang tidak dituntut di Hospital Kajang. Pada 22 Disember 2009, RM10,000 disumbang bagi membiayai tunggakan lebih RM1 juta kos rawatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra di Singapura.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP