Saturday, 8 February 2014

Misteri Surat Palsu Adun Hutan Melintang Terbongkar

Misteri penghantar surat palsu mengenai pengumuman keluar parti ADUN Hutan Melintang dari PKR, S. Kesavan terjawab selepas seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun mengaku menyerahkan surat tersebut.

Warga emas yang dikatakan aktivis PKR itu tampil memberi kenyataan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Khamis.


Warga emas yang menetap di Seri Kembangan itu dikatakan telah diupah untuk menyerahkan surat tersebut ke pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika menghadiri satu program politik di Kajang.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya masih lagi berusaha untuk mengenal pasti seorang lagi yang dikatakan menyerahkan surat tersebut pada lelaki terbabit.

Susulan daripada kejadian tersebut, pihak polis telah merakam percakapan Kesavan termasuk beberapa orang kakitangan di Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP