Monday, 3 February 2014

Nurul Izzah alu-alukan Abdul Khalid dilantik Pengarah PRK Kajang

SHAH ALAM, 3 FEB: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengalu-alukan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.


Beliau berkata, kehadiran Abdul Khalid sebagai Pengarah PRK Kajang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah satu gandingan erat bagi melicinkan jentera PRK Kajang nanti.

"Tan Sri Abdul Khalid dengan rekod cemerlangnya menguruskan ekonomi negeri Selangor membabitkan pelbagai program untuk rakyat dan Datuk Seri Anwar selain rekod cemerlang ketika menjawat Menteri Kewangan juga cukup dikenali sebagai ahli politik tegar memperjuangkan kepentingan rakyat.

Nurul-Izzah"Saya yakin gandingan Abdul Khalid dan Anwar bakal menjadi satu gandingan yang mampu mengerakkan jentera kempen dengan lebih berkesan," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Nurul Izzah turut menemplak kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang membuktikan kecenderungan parti itu melakukan fitnah termasuk menggunakan politik seks sebagai bahan kempen politik mereka.

"Dia sekadar mendendangkan irama Umno yang gemar memfitnah dan menggunakan politik kotor seperti fitnah seks bagi meraih kemenangan.

"Ini adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dalam mendidik mentaliti yang sihat kepada masyarakat. Beginikah kita sebagai pemimpin membentuk mentaliti masyarakat? Lebih malang lagi seruan seperti ini dikeluarkan menteri sendiri dan Inilah mentaliti menteri yang kita ada," katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Kajang mampu menilai, sekali gus menolak permainan politik kotor yang dibawakan Umno dalam PRK itu nanti.

"Pakatan Rakyat (PR) akan berbalik kepada isu bagaimana PRK ini akan digunakan sebagai peluang untuk mengatur langkah bagi melahirkan wawasan dan agenda reformasi bagi memartabatkan rakyat Kajang dan Selangor dengan lebih baik lagi," katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP