Tuesday, 4 February 2014

Khalid yakinkan penduduk Kajang terima Anwar



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meyakinkan penduduk Kajang yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat di situ seandainya menang dalam pilihan raya kecil di situ kelak.

"Saya boleh mengira duit tapi kalau rakyat minta duit terlalu banyak saya kata tak ada duit.

"Tapi kalau Anwar, dia akan kata sebab rakyat mahu, kita mesti bekerja keras untuk mencarinya," kata Khalid di Kajang, semalam.

Beliau berkata demikian pada satu majlis dinamakan 'Majlis bersama pemimpin setempat Hulu Langat' di dewan orang ramai Taman Mesra, Kajang.

Anwar: Kedekut bukan kelemahan

Anwar yang berucap selepas Khalid mengambil kesempatan untuk membalas pujian Khalid kepada dirinya.

"Saya bangga prestasi Selangor di bawah Tan Sri Khalid.

"Bila dia kedekut, memang kedekut sungguh. Dia kedekut wang rakyat.

"Jadi itu bukan dianggap satu kelemahan," kata Anwar.

Tanpa memperincikan jika beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar dari Khalid seperti hangat dikhabar anginkan sekarang ini, Anwar berkata peranan Khalid dalam memantapkan ekonomi Selangor perlu diteruskan.

"Tan Sri Khalid dalam apa peranan pun dalam usaha mengangkat ekonomi Selangor, peranannya mesti diteruskan dalam membangunkan ekonomi Selangor," kata Anwar.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP