Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Putrajaya dan kerajaan negeri berhubung isu air tidak akan berubah walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata MoU yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor itu adalah bersifat tetap di mana Khalid sendiri bersetuju dengan syarat berkenaan dalam perbincangan bersama.
"Perjanjian antara kerajaan pusat dan negeri adalah demi kepentingan rakyat bagi sebagai usaha menangani krisis air dengan pembinaan empangan Langat 2.
"Dan perjanjian itu sudah dipersetujui di mana segala kandungannya diperbincangkan dan tidak akan berubah," katanya pada sidang media selepas program lawatan “walkabout” bersama penduduk di Kajang hari ini.
Beliau berkata status perjanjian tetap itu dilakukan apabila kerajaan sedar akan kemungkinan tersebut di mana ia boleh berubah sekiranya spekulasi Anwar untuk menjadi menteri besar berlaku.
Muhyiddin juga berkata, kerajaan negeri perlu mematuhi perjanjian tersebut sepertimana Putrajaya yang akan membantu Selangor untuk membina empangan Langat 2.
"Walau sebut memorandum tapi ini perjanjian maka obligasi kerajaan pusat dan Selangor sudah tetap dan tidak boleh dipinda walau dalam keadaan apa sekalipun jadi rakyat boleh merasa lega.
"Dengan erti kata lain selepas ini, kalau kerajaan pusat kata akan memberi bantuan peruntukkan contoh dari RM1 bilion ke RM2 bilion, kita akan lakukan dan kita akan laksanakan, kerajaan negeri pula jangan pula tiba-tiba ditengah pembinaan mengubah syarat di mana jika ia berlaku maka mereka sudah melanggar perjanjian," katanya.
Terdahulu Muhyiddin bersama calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Datin Paduka Chow Mei Fun beramah mesra bersama penduduk Sungai Chua.
Pada masa sama Muhyiddin dilihat menyindir Anwar apabila membuat kenyataan beliau tidak tahu mengenai perjanjian yang dibuat Khalid dan kerajaan pusat.
"Tidak kisah kalau Anwar tidak tahu yang penting Khalid tahu kerana dia menteri besar. Segala keputusan terletak pada beliau," katanya.
Tambahnya kenyataan Anwar itu membuktikan bahawa calon PR bagi PRK Kajang itu hanya mahu memegang jawatan hanya kerana nama dan bukannya kerana kepentingan rakyat.
"Beliau yang kononnya Penasihat Ekonomi Selangor tapi tidak tahu apa-apa berlaku dalam negeri sendiri seperti dia (Anwar) tiada sumbangan langsung," katanya.
Beliau juga mempertikaikan kredibiliti Anwar untuk menjadi Adun Kajang apabila dilihat terlalu sibuk dengan urusan luar.
"Dan mahukan lagi jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang sedangkan beliau sibuk ke sana sini jadi bagaimana mahu jaga penduduk Kajang," katanya.
"Sekarang ini pun beliau tidak ada di sini, sekarang ini di Jepun besok di Amerika Syarikat kalau macam ini baik beri sahaja kepada Mei Fun," katanya.
Dalam sidang media itu Muhyiddin turut ditanya adakah pengakuan Anwar yang tidak tahu mengenai perjanjian tersebut sebagai serangan Khalid kepada ketua pembangkang berkenaan.
Jawabnya Khalid mungkin dlihat seperti tidak pandai berpolitik namun beliau boleh menghidu hasrat Anwar untuk mengambil alih peranan menteri besar itu.
"Saya tidak tahu apa muslihat Anwar dengan cita-citanya ingin menjadi menteri besar namun apa yang berlaku dalam PKR membuktikan bahawa ketidaksefahaman berlaku diantara pemimpin parti itu," katanya.
Rabu lalu, Khalid menandatangani MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menyelesaikan isu air di Selangor.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin tertinggi PKR tidak diberitahu tentang perjanjian tersebut, Anwar sendiri tidak mengetahuinya.
"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk mewajarkan harga mereka," kata Khalid lagi.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin PR akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran pengambilalihan itu, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut selesai dalam tempoh tiga bulan. – tmi
Friday, 28 February 2014
Kenapa Muhyiddin Meroyan Dengan Perjanjian Air Selangor?
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment