ROMPIN - Seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, di sini, ditahan bagi membantu siasatankerana disyaki terlibat kes merogol seorang gadis di Pantai De Rhu, Jalan Rantau Panjang, di Kuala Rompin, Sabtu lalu.
Difahamkan, anggota polis yang berusia 26 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 18 tahun ditemani kakaknya membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.
Menurut sumber, pada jam sekitar 12.30 tengah hari itu, suspek dikatakan membawa mangsa bersiar-siar di kawasan peranginan itu sebelum bertindak merogol mangsa.
“Suspek dikatakan membawa mangsa ke kawasan pantai itu sebelum berhentikan kenderaan yang dipandunya di penghujung laluan kawasan pantai berkenaan.
“Selepas memerhati keadaan sekeliling dan memastikan tidak ada orang menggunakan laluan itu, suspek mula memeluk mangsa dan merogolnya,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya menceritakan kejadian kepada kakaknya selepas dihantar pulang suspek dan mereka kemudiannya ke IPD Rompin untuk membuat laporan polis.
Bertindak atas laporan itu, polis berjaya mengesan kereta yang dipercayai digunakan suspek dan hasil pemeriksaan mendapati kereta itu milik anggota polis yang bertugas di IPD Rompin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap anggota terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.
Thursday, 20 February 2014
Anggota Polis Rogol Gadis 18 Tahun
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment