Tuesday, 18 February 2014

Anwar Rasa Kasihan Pada Mahathir

"Saya kadang-kadang rasa kasihan, kadang-kadang rasa nak gelak pun ada.”

Begitu reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyamakan undi kepada ketua pembangkang itu ke arah "kerajaan pro-Amerika".

"Nak jawab, tak payah nak jawablah. Tapi kadang-kadang nak kena bagi penjelasan, nak jawab macam mana tak tahu," katanya.


Beliau berkata demikian dalam majlis "sembang petang” di kediaman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Norlela Ariff di Kajang.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang kenyataan Mahathir, mantan mentornya ketika berada dalam Umno dulu.

Sementara itu, Anwar juga menolak tanggapan bahawa beliau berminat dengan kekayaan negeri Selangor dengan mahu menjadi ADUN di negeri itu.

"Kata saya nak ambil duit kerajaan Selangor, saya lapan tahun jadi menteri kewangan," katanya.

'Jangan meroyan'

Sementara itu, Anwar juga membidas serangan ke atasnya yang mendakwa beliau terlibat dalam 'operasi lalang' dan peristiwa berdarah 13 Mei.

"Mereka ini dah meroyan. Kalau tak sokong saya tak apa, kalau sokong kerajaan tak apa.

"Tapi janganlah cakap (saya) penyumbang 13 Mei," katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP