SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata majlis ‘Hi Tea’ anjuran PKR di Kajang bukan satu langkah untuk menarik kehadiran orang ramai.
Katanya, beliau yakin walau tidak menghidangkan makanan, orang ramai tetap akan datang menghadiri program-program anjuran PR.
“Orang datang ke program itu bukan untuk makan. Orang datang untuk tengok Anwar dan dengar ucapan dia.
“Lagipun kita bukan berbelanja besar, kita hanya beri teh o dan kuih sahaja bukannya makan malam,” katanya apabila ditemui di Bangunan SUK hari ini.
Menurutnya, program-program yang dijalankan PR di Kajang itu hanyalah program yang bertujuan untuk mendekati rakyat, dan bukannya untuk berkempen.
Sementara itu, Adun PAS Chempaka Iskandar Abdul Samad turut berkata perkara yang sama.
Menurutnya, program ‘Hi Tea’ tersebut bukanlah taktik untuk menarik kediran warga Kajang.
“Kita sediakan sedikit makanan untuk mereka sebagai penganjur, bukan taktik untuk tarik kehadiran orang pun sebab memang ramai yang hadir,” katanya lagi.
6 Feb lalu, PKR telah menganjurkan majlis ‘Hi-Tea bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim’, calon pilihan raya kecil DUN Kajang, 23 Mac nanti.
Sebelum ini, PR mengatakan Umno-Barisan Nasional menggunakan taktik dengan memberi makanan dan cenderahati bagi menarik orang ramai menghadiri program mereka.
Wednesday, 12 February 2014
‘Orang datang kerana Anwar, bukan kerana makanan’
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment