Thursday 13 March 2014

Hishamuddin Diserang Wartawan Media Antarabangsa

KAJANG, 13 MAC: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein diserang wartawan media antarabangsa ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau dan beberapa agensi kerajaan didapati bercanggah antara satu sama lain.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata kejadian serangan media antarabangsa terhadap Hishamuddin itu berlaku dalam sidang media harian insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.


“Kalau inilah berlaku, maka Umno tidak ada kepimpinan yang telus sebab itu dalam sidang media yang kita saksikan, media antarabangsa menyerang Hishamuddin dengan mengatakan Kerajaan Malaysia tidak jujur, tidak telus dalam memberi maklumat insiden MH370.

“Rumusan saya adalah menteri Umno ini tidak biasa berdepan dengan media antarabangsa. Dia cuma biasa jawab dengan Utusan Malaysia, TV3 dan RTM. Dia tak biasa dengan CNN, BBC, Al-Jazera dan media antarabangsa lain tetapi yang dia boleh tipu dengan Utusan serta TV3.

“Sebab itu bila ada lebih 50 media antarabangsa berkampung di KLIA, dia tidak boleh jawab kerana Perdana Menteri terlalu lemah, jelek dan tidak mampu menangani krisis yang dihadapi rakyat,” katanyadalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam.

Beliau turut menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak usul tergempar yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk membincangkan insiden MH370 sebagai tidak wajar.

“Kita mahu membincangkan kenyataan yang dikeluarkan setiap agensi yang bercanggah. Polis keluar kenyataan berbeza daripada Jabatan Penerbangan Awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Menteri Pengangkutan.

“Speaker Dewan Rakyat dengan mudah menolak usul terbabit dengan mengatakan cukuplah simpati yang ditunjukkan Perdana Menteri, tidak perlu kita bahas.

“Kita bukan mahu kenyataan daripada satu atau dua individu tetapi ingin Dewan Rakyat sebagai tempat yang tinggi dalam sistem kenegaraan membincangkan isu ini supaya boleh bersama dalam operasi mencari dan menyelamat dengan membantu memberi sedikit kelegaan serta mengurangkan keresahan keluarga mereka,” katanya.

-NFN-

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP