Kritikan demi kritikan menimpa pihak berkuasa Malaysia yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur yang hilang tidak lama selepas berlepas ke Beijing, Sabtu lalu.
Antara lainnya, kritikan itu disuarakan oleh seorang pemerhati Amerika Syarikat yang membangkitkan mengenai perjanjian yang sepatutnya ditandatangani oleh negara terlibat dalam operasi antarabangsa seperti ini.
Bekas pengarah urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB), Peter Goelz berkata perjanjian itu akan menggariskan kaedah untuk menjalankan siasatan besar seperti ini dan juga usaha untuk melibatkan negara berkepentingan.
Selain itu, ia juga dapat menangani khabar angin dan menyalurkan maklumat benar.
“Inilah yang paling teruk pernah saya lihat,” kata bekas pengarah urusan lembaga tersebut, katanya dalam satu laporan di laman CNN.
“Setiap kali berlaku kemalangan antarabangsa seperti ini, akan berlaku keadaan berkecamuk pada peringkat 24, 36 jam yang pertama. Sebab itulah ada perjanjian yang perlu ditandatangani oleh semua pihak.
Beliau mendakwa, Malaysia tidak menandatangani dan mematuhi perjanjian seperti itu.
Thursday, 13 March 2014
Tragedi MH370 - Operasi diketuai Malaysia jadi sasaran kritikan
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment