Friday 7 March 2014

Polis Rampas Telefon Bimbit Exco Kerajaan



Polis merakamkan kenyataan Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin pagi ini berhubung twitnya pada 4 Mac lalu yang didakwa menghina pasukan polis.

Peguam Afif, Izad Buqkhary Mohd Kamri berkata dua pegawai dari ibu pejabat polis Bandar perda menghubungi Afif sewaktu beliau berada dirumahnya pada jam 9 pagi.

"Mereka merakamkan kenyataan dan merampas telefon bimbitnya. Semua proses mengambil masa dua jam," kata Izad kepadaMalaysiakini.

"Polis memaklumkan terdapat dua laporan polis terhadap Afif berhubung twitnya. Mereka belum memaklumkan kepada kami, peruntukan undang-undang mana untuk menyiasatnya," kata Izad lagi.

Afif dalam tweetnya menyebut: "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah."


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP