Friday, 21 October 2016

Melayu Saja Bising Ambil Pekerja Asing, Kata Anak TPM



Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.

“Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?

“Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati,” katanya dipetik laporanProjekMMO malam tadi.

Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.

“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya. - malaymail


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

xairlinepilot 21 October 2016 at 05:57  

Alahaiii... Janda

JILF Janda I Love TO Fuck

burn bp 21 October 2016 at 07:00  

Anak saudara membela bapak saudara untuk membawa masuk 1.5juta bangla keMalaysia. Ekonomi Malaysia kian merundum tapi ahli umno dengan bangganya masih hendak membawa masuk pekerja asing!! Inikah yang dinamakan umno membantu melayu?? Sebab itu kita sebagai rakayat perlu tau siapa yang memusnahkan ekonomi dan juga membangsatkan bangsa melayu. Siapa lagi jika bukan umno sendiri!! Ciri mudah untuk mencari keuntungan : rm3000 seorang bangla diharap dengan 1.5 juta orang. Dengan kejapan saja menjadi billionaire. Siapa yang jadi billionaire ni....tu adik pada ahmad zaid hamidi. Fakta ke atau auta?? Ada akal kasi fikir....

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP