Tuesday, 18 October 2016

Papagomo Diarah Bayar RM300,000



KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 di samping kos sebanyak RM30,000 kepada seorang peguam yang juga bekas Ahli Parlimen, Datuk Sukri Mohamed.

Perintah ini dikeluarkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohamad Rosli Mohamed Nawi setelah perbicaraan taksiran ganti rugi dijalankan di sini.

Mahkamah sebelum ini  mendapati artikel yang ditulis   Wan Muhammad Azri merupakan  fitnah terhadap Sukri yang juga seorang Ahli Majlis Kerajaan Kelantan.

Wan Muhammad Azri didakwa mengeluarkan artikel  yang menyatakan Sukri menyelewengkan sejumlah wang yang dikaitkan dengan Istana Kelantan dan Yayasan Sultan Kelantan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak tuntutan Sukri atas alasan tiada bukti jelas mengenai pemilikan blog “Papagomo”.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudiannya membenarkan tuntutan Sukri dan kes ini berlanjutan hingga ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya yang di dengar pada bulan Jun yang lalu.

Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Hanif Idris.

Jun lalu Mahkamah Persekutuan  menolak rayuan  Wan Azri untuk  menolak keputusan mahkamah yang memerintahkan dia  membayar ganti rugi RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim   berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

xairlinepilot 19 October 2016 at 07:59  

Mamat ni last2 jual lubang jubor juga la nak hidup...

Dah jadi papakedana, bkn papagomo lg

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP