Tuesday, 9 April 2013

Muhyiddin Buat Lawak Bodoh

* Pakatan cedok manifesto BN, kata Muhyiddin
 

Pakatan Sebenarnya menyalin idea BN ketika merangkan manifesto mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas persamaan antara kedua-dua dokumen itu.

Menolak dakwaan ciplak yang dibuat Pakatan, timbalan pengerusi BN itu menunjukkan beberapa unsur yang didakwa disalin daripada idea dan dasar BN, seperti ikrar untuk mengurangkan harga tol dan harga kereta.

Muhyiddin berkata, pengurangan harga kereta akan dilaksanakan sepenuhnya bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan akan dicapai "walaupun tanpa cadangan daripada sesiapa" selepas cukai import dimansuhkan.

Bercakap dalam sidang media di Gombak hari ini, Muhyiddin berkata, sebahagian besar daripada manifesto Pakatan sudah dilaksanakan oleh BN.

Walaupun BN dikritik sebagai "populis"kerana mengedarkan 'gula-gula' menjelang pilihan raya, Munyiddin mempertahankan perkara itu dengan berkata aspek kewangan dipertimbangkan secara sepatutnya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP