PAS hari ini mengumumkan bekas pegawai tinggi PDRM Datuk Fauzi Shaari sebagai calonnya untuk kerusi parlimen Larut manakala anggota kerabat diraja Terengganu Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad untuk kerusi Kuala Terengganu.
Presiden parti itu pula, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi parlimen Marang manakala timbalannya Mohamad Sabu di kerusi Pendang.
Tiga naib presiden parti itu juga akan bertanding di kerusi parlimen – Datuk Husam Musa di Putrajaya, Salahuddin Ayub di Pulai dan Datuk Mahfuz Omar mempertahankan Pokok Sena.
Hadi membuat pengumuman itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditemui Malaysiakini selepas pengumuman itu berkata, keputusan PAS untuk meletakkan Raja Bahrin dan Fauzi untuk bertanding adalah tempat memandangkan mereka adalah anak jati di kawasan tersebut.
Menurut Mustafa, pemimpin PAS juga berpandangan bahawa bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan arkitek berkenaan tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam parti.
"Dia (Fauzi) memang asal orang Larut. Raja Bahrin memang orang Terengganu. Yang nak jadi calon ini, kiranya macam kita hantar dia balik kampunglah. Kita pilih calon anak tempatan.
"Pemilihan (dua calon ini) PAS Pusat yang buat sebab mereka tak pegang apa-apa jawatan dan diterima baik oleh semua termasuk akar umbi dikawasan itu," katanya.
0 comments:
Post a Comment