Tuesday, 16 April 2013

Selain Ibrahim Ali, Hasan Ali Dan Rais Yatim Serta Ezam Juga Kempunan Nak Jadi Calon


Barisan Nasional (BN)menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber.

Difahamkan Pengerusi BN Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu.


“Ibrahim Ali tiada dalam senarai,” kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini.

“Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum,” kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN.

Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara.

Selain itu, Hasan Jati seorang lagi bakal MB yang syok sendiri serta Katak Ezam Md Nor juga nampaknya terkeluar dari senarai yang diumumkan Umno Selangor dan terus kempunan menjadi calon Umno/BN. Begitu juga dengan menteri bodek yang penuh dengan kontrovesi 'amah indonesia' iaitu Rais Yatim.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP