Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.
Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya.
Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu.
Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan.
Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim).
Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu. Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut.
Friday, 12 April 2013
Seorang Lagi Leftenan Kolonel ATM Sertai Pakatan Rakyat
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment