Pemimpin BN digesa menghentikan serangan peribadi ke atas pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan menghormati Ikrar Integriti Pilihan Raya yang ditandatangani oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berkata, tindakan serangan peribadi itu mencerminkan semangat kebencian dan tidak matang yang bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh BN.
“Serangan peribadi ini merupakan amalan politik murahan yang tidak wajar mendapat tempat di sebuah masyarakat bertamadun seperti Malaysia.
Malangnya, ianya dijangka politik murahan ini akan berlangsung sehingga selesainya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kerana kebencian BN terhadap Pakatan Rakyat tidak mengenal erti moral atau batasan,” kata KPRU dalam kenyataan medianya.
Ujar Badan Pemikir itu, rakyat sudah meluat dengan politik murahan seperti itu yang tidak membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak.
Ianya tidak membawa sebarang kesan positif kepada ekonomi atau politik negara dan hanya mencerminkan obsesi Malaysia dengan politik murahan terutamanya politik seks di mata dunia.
“Kegagalan BN untuk menghentikan politik murahan ini membuktikan tandatangan Najib Razak di Ikrar Integriti Pilihanraya hanyalah sebuah retorik di samping menghina konsep pilihan raya bebas dan adil,” tegas kenyataan itu.
Friday, 12 April 2013
Umno Digesa Henti Politik Serang Peribadi
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment