Tuesday, 4 March 2014

Dr Mahathir dan Anwar ibarat Firaun dan Nabi Musa, kata bekas presiden Abim

Penderitaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kekejaman Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) tidak ubah seperti Nabi Musa yang dibesarkan Firaun dan kemudian disingkirkan daripada istana, kata bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Razali Nawawi.

Bekas presiden Abim yang pertama itu berkata, angkara fitnah yang dilemparkan Firaun ke atas Nabi Musa, memaksanya lari meninggalkan istana menuju ke Iraq.


"Saya kata (perumpamaan) mereka ini seperti Firaun dengan Musa. Nabi Musa anak angkat kepada Firaun duduk dalam istananya tetapi apabila dilihat nabi ini membahayakan, dia membuat fitnah dan Nabi Musa terpaksa membawa diri sampai ke Iraq.

"Beginilah Anwar. Apabila Dr Mahathir nampak Anwar ini bahaya, macam-macam dia berbuat fitnah. Fitnah yang tidak pernah dilakukan orang lain sebelumnya," katanya sewaktu berkempen di Taman Puncak Saujana, Kajang malam tadi.

Anwar pada 1998 dipecat sebagai timbalan perdana menteri selepas dikatakan terlibat dalam kes liwat membabitkan Azizan Abu Bakar, Sukma Darmawan dan beberapa individu lain.

Pada 2008, Saiful Bukhari Azlan, bekas kakitangan Anwar mendakwa diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu dan pada 7 Ogos tahun sama, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bagaimanapun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes tersebut.

Dr Razali berkata berulang kali mengingatkan kepada Anwar agar berhati-hati dengan permainan politik Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

"Saya kenal dia sejak 1969 dan sejak itu kami berkawan di dalam Abim. Saya presiden dan dia setiausaha agung.

"Saya ingatkan kepada Anwar berhati-hati  dengan Dr Mahathir dan Daim ini tetapi dia kata dia boleh uruskannya," katanya.

Dr Razali berkata banyak pemimpin dunia hari ini mengalu-alukan kepimpinan Anwar dan berasa senang untuk berunding dengan ketua umum PKR itu.

"Saya pernah bertemu dengan timbalan presiden Sudan dan beliau berkata selagi Dr Mahathir hidup, Anwar akan susah," katanya yang selesa berjubah dan berkain serban putih di kepala. – tmi


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP