Entah bila Hanez Suraya dan Mr. R pergi bercuti bersama-sama di Bangkok tidaklah diketahui, namun itulah bukti bergambar yang ditunjukkan oleh isteri Mr. R, Liyana Manan.
Liyana juga turut mempertikaikan kenyataan Hanez yang suaminya duda kerana sehingga ke hari ini, tiada surat cerai yang diterima olehnya. Bagi Liyana, selagi tiada surat cerai, dirinya masih isteri Mr. R yang sah.
Kata Liyana Manan kepada BiPop semalam:-
Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R yang sah.
Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada sah. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.
Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.
Fuh. Memang pedih ayat Liyana Manan ini. Pelik juga macam mana Hanez boleh bercuti dengan kekasih sedangkan belum ada ikatan yang sah. Liyana juga turut menegaskan yang dirinya tidak pernah membuat fitnah seperti yang didakwa oleh Hanez. Kata Liyana lagi:-
Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suami saya dulu, buktikan kami sudah bercerai. Atau Hanez sengaja buat tidak tahu? Tidak boleh bersabar dulu sehingga kes penceraian kami selesai.
Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi.
Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, buka saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar, daripada masyarat terus mendengar pembohongan Hanez.
Dulu saya dan suami bertapan dari bawah mengusahakan sarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama.
Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak.
Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R
Begitulah luahan hati Liyana Manan yang telah pun berkahwin dengan Mr. R selama 8 tahun. Susah senang bersama, bila jadi begini confirm sedih dan merana hati. Kesian sungguh. Semoga Liyana Manan tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah kebenaran akan terbukti jua. Kepada Hanez, renung-renungkanlah perkara ini.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment