Rakaman gambar ini diambil semasa Majlis Pelancaran Pusat Media KEADILAN PRK Kajang petang tadi di Kajang, oleh DSAI.
Sebelum ini sebaik saja Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan KEADILAN 2014 awal bulan depan, habis para penggiat siber pro UMNO termasuk juga media arus perdana canangkan seolah-olah bakal berlaku pergeseran besar antara Tan Sri Khalid dengan Azmin Ali penyandang Timbalan Presiden KEADILAN.
Hasrat dan doa UMNO tidak menjadi jika diambil kira senario ini... Langsung sedikit pun tidak nampak adanya pergeseran .. kedua pemimpin ini komited untuk memberikan prioriti dan keutamaan kepada PRK Kajang dengan memastikan kemenangan bergaya dan cukup cemerlang calon KEADILAN/PR, DSAI.
Yang pasti gambar ini tidak akan disiarkan oleh mana-mana media arus perdana milik dan kawalan UMNO .. ITU SUDAH PASTI 101%. - omakkau
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment