Thursday, 13 March 2014

Tragedi MH370 - Lelaki Uighur Disiasat, Disyaki Pengganas?

Kuala Lumpur: Kepakaran seorang penumpang pesawat MH370 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya.

Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain.


“Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat,” katanya.

Sumber itu berkata, semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Turki.

ANGGOTA tentera udara Vietnam membuat tinjauan di perairan Pulau Con Dao, semalam.

Menurutnya, profil peribadi lelaki itu juga mencatatkan dia pernah membuat kajian di pusat latihan dan simulasi penerbangan milik sebuah syarikat pengeluar enjin kenderaan terkemuka di Sweden pada 2004 hingga 2005. (myMetro)

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP