Friday, 5 April 2019

Najib Nak Bina Bilik Khas Untuk Pengkritiknya..




SEREMBAN: Bekas perdana menteri Najib Razak mendedahkan ramai pihak tampil memohon maaf daripadanya selepas kekalahan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, rata-rata pihak yang membuat permohonan maaf itu menyedari mereka termakan fitnah yang dibuat terhadapnya sehingga beliau dimaki dan dicaci.

“Orang sudah minta maaf dengan saya ramai, ini cerita sebenar.

“Tadi keluar surau, ada orang bisik pada saya, ‘Datuk saya mintak maaf sebab dulu caci dan sekarang saya tahu apa yang saya caci itu tidak benar’.


“Saya maafkan dia,” katanya ketika berucap dalam Program Santai Bersama “Bossku” di Bandar Sri Sendayan, malam tadi.

Pertama kali turun berkempen untuk PRK DUN Rantau, Najib secara berseloroh berkata beliau berhasrat mahu membina satu bilik khas untuk pengkritiknya.

Katanya, bilik itu boleh mengumpulkan pihak yang mencaci dan memfitnah beliau sepanjang 9 tahun menerajui kepimpinan negara.

“Saya cadang nak bina bilik khas kepada mereka yang ingin minta maaf kepada saya setelah memaki dan memfitnah saya dan keluarga.

“Orang Asli kata nanti bersusun-susun,” katanya.

Najib akan berkampung di Rantau selama 2 hari bagi membantu calon BN, Mohamad Hasan.

Pada awal Februari lalu, pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin mengadakan pertemuan dengan Najib bagi memohon maaf kerana mendakwa mempercayai fitnah yang dilemparkan terhadap bekas perdana menteri itu.

Pertemuan itu disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Ketika Najib bersama ratusan penyokong “Bossku” di Bandar Sri Sendayan, satu lagi acara besar berlangsung iaitu sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan PKR yang menampilkan pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali yang bertempat di Dataran Rantau

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP