Saturday 27 April 2019

Ketua Pemuda Umno Buat Kecoh Di Forum Statut Rom




Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur gamat seketika ketika sesi soal jawab dalam forum awam membincangkan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kekecohan berlaku apabila Ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Rafii tidak berpuas hati dengan barisan ahli panel forum bekenaan yang didakwa tidak profesional apabila menggelarkan pihak lain sebagai 'bodoh'

Dakwa Razlan, ungkapan itu ditujukan kepada empat ahli akademik yang menulis ringkasan mengenai Status Rom kepada Majlis Raja-raja sebelum ini.


"Kita ini orang yang berpelajaran tetapi tadi kamu menggelar orang lain bodoh dan menggelar empat profesor itu sebagai bodoh.

“Kita semua sepatutnya boleh bercakap dan kamu pun boleh bercakap tetapi kamu tak sepatutnya menggelar orang lain bodoh, kangkung. Tak perlu pun,” tegasnya

Hadir dalam forum itu ialah Peguam Negara Tommy Thomas, anggota G25, Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Professor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.

Penganjur forum yang juga aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi sebelum ini turut menjemput empat ahli akademik yang menulis ringkasan Statut Rom kepada Majlis Raja-raja untuk menyertai forum berkenaan.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka tidak hadir.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP