Monday 29 April 2019

Raja Muda Pahang Murka Nama Digunakan Untuk Program UMNO



Tengku Hassanal tak terbabit program 4 putera mahkota


Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menafikan terbabit dalam program 'Santai Teh Tarik Bersama 4 Putera Mahkota' yang dikatakan berlangsung esok.

Sumber Istana Pahang berkata program tersebut yang tular di laman sosial, tidak terkandung dalam jadual program Tengku Hassanal.


"Tuanku Tengku Hassanal juga dijadualkan menghadiri program di Pahang seharian pada esok," kata sumber itu semasa dihubungi Bernama di Kuantan, hari ini.

Sumber tersebut juga berkata Tengku Hassanal bertitah supaya namanya tidak digunakan oleh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran rasmi Istana Pahang.

Sebelum ini, poster yang mendakwa 'Program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota' yang dikatakan akan berlangsung di Mahkota Parade, Bandar Hilir, Melaka pada 5.30 petang esok tular di laman media sosial.

Poster itu memaparkan gambar Tengku Hassanal, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seorang lagi 'Putera Mahkota' yang tidak dinyatakan identitinya.

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP