Friday, 12 April 2019

TMJ JANGAN AJAR 'ITIK BERENANG!!' PERHATI SIASAH DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU!!





Tolong jangan campuri urusan pentadbiran kerajaan persekutuan!! TMJ jangan 'ajar itik berenang!!'

Urusan dan pentadbiran kerajaan persekutuan tiada kena mengena dengan TMJ!!

Sebenarnya TMJ tak menghormati undang-undang serta tidak memahami perlembagaan berteraskan raja berperlembagaan!!

Siapa yang nak alih pandangan?! Alih pandangan apa?!

Bagi saya yang cuba nak alih pandangan itu adalah TMJ sendiri!! Beliau tidak menghormati undang-undang serta gagal untuk memahami perlembagaan negara!!

Saya hanya menasihati beliau selaku Tengku Mahkota Johor agar jangan melibatkan diri atau buat kenyataan yang berbaur politik!!

Ini pun TMJ gagal untuk memahaminya!!

Sesungguhnya TMJ juga harus menghayati kenyataan DYMM Sultan Perak!!

Kita pun tak tahu apa yang TMJ cuba nak buktikan?!

Di zaman kerajaan kleptokrasi merompak khazanah kerajaan dan duit rakyat sehingga negara kita bermasalah sepertimana hari ini; di mana TMJ pada waktu itu?!

Kenapa tak nak tegur segala salahlaku kerajaan kleptokrasi pada ketika itu yang merosakkan sistem politik mahupun ekonomi negara dengan begitu teruk sekali?!

Siapa TMJ hendak dibandingkan dengan tun dr mahathir mohamad?!

TMJ baru berapa lama lahir di muka alam ini jika hendak dibandingkan dengan seorang tokoh negarawan yang sudah 93 tahun menjalani penghidupan di dunia ini nengharungi pelbagai cabaran hidup?!

Umur setahun jagung dan 'kalau kail panjang sejengkal; jangan nak uji lautan gelora!!'

Ini bukan negara 'koboi!!' Kita ada undang-undang yang harus ditaati serta dihormati oleh semua pihak!!

Sesiapa pun di negara yang bertamaddun dan merdeka tertakluk pada prinsip keluhuran undang-undang!!

Tolong jangan terlalu angkuh kerana semua warganegara malaysia akan tertakluk di bawah undang-undang!!

Tiada sesiapapun yang boleh dikecualikan dari hukum undang-undang sekiranya mereka melanggari atau tidak menghormati undang-undang!!

Yang ikhlas;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
11 April 2019

Sumber - SINI

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP