Dengki yang tak sudah - itulah sifat pemimpin2 PAS. Nak tanya Nik Amar, Najib, mantan Menteri Pertahanan dulu boleh bercakap pasal agama ke? Mengapa sekarang kamu orang sayang sangat ke Najib dan mengangkat dia sebagai BossKu? Mengapa marah benar bila menengok isteri Mat Sabu merasmikan pelancaran kapal? Busuk hati perut tu.
" Sebab matlamat kita matlamat Islam. Kalau kita duduk di Putrajaya boleh jadi menteri pun, tapi kalau setakat boleh naik kereta besar, gaji besar, bini boleh rasmi kapal tapi kita tak boleh bercakap bab Islam buat apa? " - Nik Amar Hati Perut Busuk.
Abu Zato
—---------------------------------
Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah menempelak pemimpin Amanah sebagai tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam meski memegang jawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan, hari ini.
Walaupun tidak menyebut nama pemimpin tersebut, beliau dipercayai menyindir Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kini menteri pertahanan.
Jelas Mohd Amar, PAS tidak sesekali menyesal dengan keputusan untuk tidak bersama PH pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu
Menurutnya, kalau diambil kira dalam konteks parti sahaja, PAS boleh duduk dengan PH dan hari ini boleh menjadi kerajaan hari ini dan beliau mungkin sudah menjadi menteri.
"Nak banding dengan seorang dua dalam kabinet, rasanya cerdik ambo (saya). Ambo rasa cerdik ambo.
"Selepas PRU ke-14 wartawan tanya presiden, PAS tak menyesal ke tidak bersama PH dan beliau jawab mudah. Sikit pun tak disesalkan. Tiada kesalan walaupun kita tak dapat apa-apa.
"Sebab matlamat kita matlamat Islam. Kalau kita duduk di Putrajaya boleh jadi menteri pun, tapi kalau setakat boleh naik kereta besar, gaji besar, bini boleh rasmi kapal tapi kita tak boleh bercakap bab Islam buat apa?
"Dijaga (kawal) bukan main dengan kereta kebal, askar tetapi nak jaga Islam tak boleh. Itu benda penting untuk kita ingat, jadi bagi kita kepentingan Islam lebih utama. Saya sengaja sebut nak bagi kita faham," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, semalam.
Sebelum ini isu perasmian sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia oleh isteri menteri pertahanan menjadi tumpuan umum, malah dikritik pelbagai pihak walaupun ia adalah amalan tradisi dalam institusi pertahanan itu.
Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menyifatkan krisis perpecahan yang pernah berlaku dalam PAS sebelum ini adalah disebabkan kegagalan sesetengah individu memahami perjuangan PAS.
Katanya, sebarang keputusan dibuat oleh presiden dan PAS pusat adalah mengambil kira pelbagai perkara dan ahli perlu faham dan terima.
"Sebelum PRU berlaku krisis dalam PAS sehingga wujudnya Amanah, orang-orang ada jawatan penting dalam parti (PAS) masuk Amanah dan bertanding dalam PRU. Puncanya kerana tidak faham.
"Kenapa presiden buat gini, kenapa parti buat gini? sebab kita tak faham suasana, dan sifat parti kita sendiri. Itu yang jadi masalah," katanya.
Beliau turut menjelaskan keputusan politik dalam PAS dibuat dengan menilai kepentingan Islam.
Maka katanya, seluruh objektif dan pertimbangan PAS semuanya dibuat atas kepentingan Islam dan bergerak mengikut kaedah agama.-mkini
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
10 comments:
Mat sabu jadi Menteri Pertahanan tu...bukan islam ke...islam bukan sekadar cakap atau ceramah...bahkan islam tu kena laksanakan...memanglah x laksanakan hukum hudud...tapi kalau tak boleh buat semua jgn tinggalkan semua....pemimpin pas suka ckp pasal islam...tapi dia lupa islam tu apa...
Kalau dah tak suka... buat apa pun semua tak terima. Kalau dah suka... apa keputusan pun disokong belaka...
Mentekedarah dedak Umno pun kerana Islam juga kn?
Lebong dan tak ngaku suara sendiri, kerana Islam juga kan?
Hey Hadi, hang merestui anak buah berlebong pun kerana Islam kan!!
Kahkahkahkahkah!
Lebai Pas Pis Pus rasa diri cerdik, rasa diri maksum masuk syurga..poorah!!
Ahli syurga tu..jgn kutuk dia nnti tak masuk syurga..kunci ada kat depa
Ruu355 pn pas wat acuh x acuh.
Kena dedak trus lupa
Ruu355 pn kmu wat political gimmick
Kna dedak terus lupa
Ni lah dia cif monyet berkopiah yang dok atas pokok sambil kencing kat kepala ahli dia yang dok menganga kat bawah kononnya dapat minum hujan rahmat. Puak2 ni memang bodoh dan lebih teruk lagi, mereka ni seperti yang Rasulullah SAW selalu sebut, dalam hati mereka ada penyakit! Puak2 ni kalau dibanding =kan dengan Netanyahu serta zionis, pakat2 sama dan mirip. Busuk hati tu ciri utama untuk jadi pemimpin dalam PAS.
Nick.
cape Tiger.
Walaun-walauntit tknk komen ke?
Boring arr bila tkde komen drp walaun-walauntit!!!
"Nak banding dengan seorang dua dalam kabinet, rasanya cerdik ambo (saya). Ambo rasa cerdik ambo.
Nampak sangat yang manusia ini bersifat ujub. Dia rasa dia jer pandai. Orang lain pada dia bodo belako. Kalau pandai sangat kenapa Kelate masih mundur? Bakpo org2 muda Kelate ramai yg terpaksa ke luar Kelate utk mencari kerja. Bakpo Kota Bharu berbau busuk dan masam macam sampah dah seminggu tak diangkut?? Sudahlahh nik amai, muhasabahlah diri tu. Kalau anda bukan anok Pok Nik Loh takdok menate nok kelih mu pung.
Post a Comment