CARA TUNKU TEMENGGONG JOHOR BARU BETUL!! BERTANDING PADA PRU15 CEBURI POLITIK SECARA SEPENUH MASA!! TMJ PATUT IKUT CARA INI!!
Sekiranya benar Tunku Temenggong Johor berhasrat bertanding pada pru15 dan ceburi politik secara sepenuh masa; itu barulah cara yang betul!!
TMJ sepatutnya ikut prinsip ini!! Kalau hendak cakap politik; turun dari takhta ceburi lah bidang politik secara sepenuh masa!! Kaedah ini baru betul!!
Jangan berselindung di sebalik takhta dan membuat kenyataan-kenyataan berbaur politik!!
Sejarah telah membuktikan bahawa ramai daripada kerabat diraja berjaya dalam bidang politik.
Antara kerabat-kerabat diraja yang berjaya dan cemerlang di bidang politik seperti almarhum ytm tunku abdul rahman putra al haj, ybm tunku razaleigh hamzah, ym tengku ahmad rithaudeen, ym tengku azlan shah serta beberapa lagi.
Kita bukan marah pada tmj tetapi beliau tidak memahami asas perlembagaan berteraskan raja berperlembagaan.
Adalah tidak adil untuk melibatkan diri serta buat pelbagai kenyataan-kenyataan politik kerana kerabat diraja dapat berselindung di sebalik takhta.
Mereka boleh kritik dan kutuk orang-orang politik tanpa asas kukuh tetapi rakyat marhaen tidak boleh mengkritik kerabat diraja kerana tertakluk di bawah akta hasutan serta berbagai akta-akta lain yang menyalahi undang-undang.
Seandainya benar Tunku Temenggong Johor berhasrat untuk bertanding pada pru15; saya secara jujur dan ikhlas 'angkat topi' pada beliau!!
Dalam masa yang sama juga saya secara ikhlas dengan penuh perasaan rendah diri ingin menasihati TMJ untuk ikut jejak langkah ini!!
Selepas itu TMJ nak cakap apa pun berkaitan dengan isu-isu politik sudah menjadi hak mutlaknya!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
29 April 2019
https://m.malaysiakini.com/news/474189
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment