Sunday 12 March 2017

Najib: Ada Pemimpin Terdahulu Dera Rakyat Kelantan


BACHOK: Datuk Seri Najib Razak tidak mahu bertindak seperti seorang bekas pemimpin kerajaan Persekutuan sebelum ini, yang mendera rakyat Kelantan.

Perdana Menteri yang tidak menamakan pemimpin terbabit, berkata rakyat Kelantan ketika itu didera dengan diabaikan pembangunan serta diberi peruntukan yang kecil dalam bajet.

"Ada pemimpin terdahulu kata orang Kelantan patut didera dengan memberi peruntukan yang kecil.

"Tapi ambo (saya) tambah peruntukan sebanyak RM12.11 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-11.

"Barisan Nasional (BN) membina beberapa hospital di negeri ini dengan peruntukan RM600 juta, " katanya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Hospital Bachok, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Seramai 15,000 penduduk Bachok dalam majlis berkenaan.






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP